Resipi Tofu Kurma dengan Topping Keju Menggabungkan Produk dari Latvia dan Greece

By PorosBumi 28 Okt 2025, 08:07:53 WIB Life Style
Resipi Tofu Kurma dengan Topping Keju Menggabungkan Produk dari Latvia dan Greece

TOFU Kurma dengan Topping Keju adalah kreasi luar biasa dari tukang masak rumah terkenal Malaysia, Puan Sumathi Sangaran, juga dikenali sebagai Sumie. Inovasi modern ini memperkayakan rasa tradisional dengan sentuhan modern Eropa, menggabungkan warisan kulinari dan kreativiti kontemporari dalam satu hidangan yang penuh makna.

Sentuhan Eropa dalam Masakan India Modern

Kurma sering menjadi hidangan yang penting atas meja makan semasa sambutan Deepavali kerana ia melambangkan kehangatan, kasih sayang, dan kebersamaan. Sumie, tukang masak rumah terkenal Malaysia, membuat versi istimewa yang menggabungkan produk Latvia dan Greece premium. Resipi inovasi istimewa dari Sumie ini bukan sekadar hidangan yang mempunyai tekstur, rasa dan bau yang sempurna ia juga membawa simbol semangat perayaan yang menghormati budaya, cita rasa, dan ikatan keluarga yang kukuh.

Baca Lainnya :

PDO Krokos Kozanis (Saffron Greece)

Untuk memberikan warna keemasan serta aroma bunga yang lembut, menjadikan hidangan kari ini lebih istimewa dan berperayaan.

PDO Korinthiaki Stafida Vostizza (Kismis Greece)

Untuk memperkayakan tekstur dan keunikan rasa dengan menambah kemanisan dan keharuman buah-buahan, seimbang dengan rempah ratus.

PDO Minyak Zaitun Dara Tambahan

Untuk menambahkan haruman dalam hidangan Kurma. Menjadi asas yang sempurna untuk menumis bahan, menonjolkan rasa dengan tekstur yang halus dan aroma bumi yang menyelerakan. 

Sebagai alternatif, gantikan dengan Mentega Latvia untuk mendapatkan tekstur yang lebih lembut, berkrim serta aroma mentega yang menyelerakan.

Produk Tenusu Latvia: Sentuhan Krim dan Keseimbangan Sempurna

Bahan-bahan dari Greece memberikan aroma dan keceriaan, manakala produk tenusu dari Latvia pula memberikan tekstur yang pekat serta keseimbangan nutrisi. Dengan budaya lama dalam pengeluaran susu Eropah, produk tenusu Latvia yang diperakui PDO mencerminkan keaslian, kualiti dan ketukangan terbaik.

Susu Latvia

Bagi menambah tekstur yang berkrim dan lembut pada hidangan kurma. Susu Latvia melembutkan rempah dan memperkayakan hidangan dengan rasa tenusu yang asli dan segar.

Keju Cottage Latvia

Untuk membawa kesempurnaan yang menyeimbangkan keharuman rempah dalam hidangan kurma. Keju Cottage Latvia, dihasilkan daripada susu skim dipasteur yang diperam, memberikan rasa manis yang lembut dengan tekstur halus dan berkrim.

Sebagai alternatif, bahan ini boleh digantikan dengan Keju Proses Latvia. Ia memberi kesempurnaan dengan rempah ratus kaya dalam hidangan kurma, ia memberikan sentuhan akhir yang lembut, lelehan berkrim, serta menonjolkan kehalusan ketukangan produk tenusu Latvia.

Image

Resipi Tofu Kurma dengan Topping Keju Cottage

Bahan-Bahan Utama

200g tauhu keras, dipotong kiub

½ cawan keju cottage Latvia

2 sudu besar Minyak Zaitun Extra Virgin PDO (Vorios Mylopota) atau gantikan dengan Mentega Latvia

1 cawan susu Latvia

Beberapa helai PDO Krokos Kozanis (safron Greece), direndam dalam 2 sudu besar susu suam

2 sudu besar PDO Korinthiaki Stafida Vostizza (kismis Greece)

1 biji bawang sederhana, dihiris halus

2 ulas bawang putih, dicincang

1 inci halia, dicincang

1 sudu teh garam masala

½ sudu teh serbuk kunyit

Garam, secukup rasa

Untuk Hiasan

2 sudu besar daun ketumbar, dicincang

2 sudu besar kacang gajus, digoreng sangai ringan

Cara Memasak:

1. Tumis bawang, bawang putih dan halia dalam minyak zaitun PDO (atau gantikan dengan Mentega Latvia) hingga kekuningan.

2. Masukkan kismis, garam masala dan serbuk kunyit untuk menghasilkan asas rempah yang harum.

3. Tuangkan susu Latvia dan susu suam yang direndam bersama saffron, perasakan dengan garam, dan renehkan hingga sedikit pekat.

4. Masukkan kiub tauhu dan biarkan ia menyerap rasa.

5. Sebelum dihidangkan, taburkan keju cottage Latvia yang telah dihancurkan sedikit (atau keju proses untuk tekstur lebih berkrim).

6. Hiaskan dengan daun ketumbar dan kacang gajus sangai.

Image

Tentang Sumathi Sangaran (Sumie) — Tukang Masak Rumah Terkenal Malaysia

Sumathi Sangaran (Sumie), merupakan tukang masak rumah terkenal di Malaysia dan pengasas Sumie’s Home Chef Club. Beliau pernah diketengahkan dalam Star Lifestyle sempena sambutan Hari Ibu serta rancangan khas Deepavali Nona TV3 pada tahun 2023. Ini dikenali dengan gaya masakan yang menonjolkan cita rasa Asia serta gabungan kreatif antara resipi budaya dan inovasi moden, Sumie membawa setiap resipi dengan sentuhan peribadi dan kisah tersendiri, ini mencipta hubungan yang hangat serta penuh inspirasi bersama komuniti peminatnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen "Premium European Products", sila layari https://premiumeuropeanproducts.eu/ atau hubungi kami melalui emel di info@premiumeuropeanproducts.eu. Halaman khusus untuk program ini juga boleh didapati di InstagramFacebook, dan YouTube di @premiumeuropeanproducts.

 




Write a Facebook Comment

Tuliskan Komentar anda dari account Facebook

View all comments

Write a comment